Monday, August 1, 2011

Gua Niah Part 3

Sebenarnya......aku dah continue to my next trip dah last week....ke KK, tapi cerita Gua Niah aku ni tak habis2 gak lagi.....sebab masa yang Part 2, belum pun masuk ke pintu Gua pun.....cam mana??? nak continue ker??? jangan bosan baca ya........mmmuuaaahhhhh


So, di atas ni adalah gambar2 kami semasa masuk ke muka gua niah ni......setelah berjalan lebih kurang dalam 1 jam lah aku rasa........lamaaaaannnyaaa berjalan.......


Sebenarnya, ini belum boleh dikatakan mulut gua tu lagi....sebab perjalanannya jauh lagi rupanya.....mmmuuuuaaahhhhh jauh lagi...diulangi.....


Walaupun aku ingat we all dah masuk kedalam gua, tapi memanglah betul....tapi belum sampai lagi ke mulut gua niah yang sebetulnya......kami terpaksa mendaki dan menuruni tangga yang slippery tu.....adduuuhhhh..........betul challenging lah jugakkan.......


ni we all sambung lagi perjalanan untuk masuk ke Gua Niah tu.........besar jugak lah kawasan gua ni..dan penuh dgn batu2 .....so memang kena focus dan berhati2 bila berjalan dikawasan sebegini...


Tapi sebelum we all proceed to continue.....sempat lagi berposing tu......hhhmmm

Ini barulah dikatakan permulaan untuk masuk ke Gua Niah.....nampak tak yang kawasan gelap dibelakang tu.....kami akan meneruskan perjalan menjelajah kekawasan gelap itu sebentar lagi....dan gambar yang berpagar itu adalah dikatakan kawasan penempatan dan perkuburan mereka2 yang terawal mendiami Gua Niah ini....

Ini adalah gambar opposite gambar diatas tu.....berlatar belakangkan hutan borneo tropikal.....biasalah, hutan borneo ni memang kawasan hujan, so selalulah hujan.......ni juga gambar sebelum we all masuk ke Gua Niah yang sebenarnya tu.....he he....he....
So disini boleh lah on kan torch light atau head light masing2 ya kalau tak nak terperusuk dalam gua ni....memang gelap yang pekat.......kalau dia orang pasang generator kan bagus.....mmuuaah saja nak buah lawak bodus sikit........

Akhirnya kami sampai di penghujung Gua Niah.....memang keletihan.....dimasa nilah kami dpt menikmati bekalan kami.....so ada yang bawak buah pisang, buah kurma, biskut, coklat etc.......tapi masa ni pulaklah teringatkan nasi lemak panas kukus.....ppeerggghhhh..............tapi ada 2 orang kawan belum sampai lagi....mungkin tengah menikmati suasana yang gelap di dalam gua tu.....oleh kerana camera aku bukan yang canggih yang boleh ambik gambar di dalam gua.....so aku tak dapat nak posting gambar2 dalam gua, sebab yang keluar memang semuanya gelap......ha.....ha.....ha....selepas ni, ada satu lagi gua yang hendak di ziarahi....Painting Cave....sebab tu lah we all rehat dulu........

Nilah muka teman aku yang keletihan bila sampai ke Paiting Cave ni......


kena naik atas lagi tu....hhhmmmmm
kalau tak silap yang dipagar itu juga adalah kawasan perkuburan....dan didinding gua tu adalah lukisan merah....tapi nampak gaya sudah semakin pudar......actuallly itu jelah yang ada kat Painting Cave ni.......

So lepas we all complete Gua Painting ni, so we all kena buat pusingan U-turn yang panjang untuk keluar semula dari Gua Niah ni.....hhuukkkk.....hhhuuukkk jalan balik....aduh......kalau ikut kan hati rasa dah tak sanggup nak jalan balik.....tapi aku tak sanggup lagi nak tidur dlm gua ni......

marilah kita sama2 memberikan tepukan gemurah kepada mereka2 yang telah berjaya menjelajah Gua Niah.....alah...baru Gua Niah je.....ya lah....jangan pandang remeh ya.....belum cuba belum tau bagaimana cabarannya....

Akhirnya dapat jugak aku mengakhiri.....episod Gua Niah ini.....sehingga ketemu lagi dalam episod seterusnya.....jalan-jalan ke Kota Kinabalu......mmmuuuaahahhh

Bulan Puasa

Hari ni adalah hari pertama kami di Brunei menjalani ibadat puasa ni......aku tau, kekawan aku di Malaysia semuanya dah masuk hari ke dua kan!!....
Sebab kat Brunei on Sunday anak bulan tak nampak lagi sebab tu we all puasa hari ni .......kat Malaysia tentu guna teropong yang canggih kan....mmmuuuaaaahhhh.

OK lah....sempena di bulan yang penuh kerahmatan ni marilah kita sama-sama bermaaf-maafan sesama kita dan penuhilah kehidupan kita dibulan ini dengan amalan yang perlu kita lipat gandakan lagi.....sebab ganjarannya .....subahnallah.......memang berkali-kali lipat....

Sampai disini dulu sebelum aku melalut dan mengurangkan pahala puasa aku......

Selamat berpuasa untuk yang membaca blog aku ni.....

Selamat Datang Ramadhan

Ni ada yang aku nak kongsikan tentang bulan Ramadhan yang penuh dengan segala keberkatan ni......artickel ni from Utusan Malaysia online je........


RAMADAN adalah bulan penuh berkat yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Di bulan ini ibadah diberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda. Di dalamnya juga ada malam yang diberi keutamaan melebihi 1,000 bulan yang lain. Pada bulan Ramdan juga al-Quran diturunkan.

Berjumpa dengan bulan Ramadan merupakan kenikmatan yang sangat besar. Ia ibarat bazar yang menyediakan jualan dengan tawaran yang sangat menakjubkan.

Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: "Barang siapa yang pada bulan Ramadan ini tidak beruntung, maka bila lagi dia akan beruntung? Barang siapa yang pada bulan suci ini tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah, maka sungguh dia sangat rugi."

Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang soleh terdahulu selalu mendambakan supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadan. Salah satu teladan daripada ulama Salaf, mereka tekun berdoa dan memohon kepada Allah, agar dapat bertemu bulan Ramadan.

Mu'alla bin Al Fadhl berkata: "Mereka (para salaf terdahulu) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan".

Ini merupakan salah satu cerminan berserah diri kepada Allah.

Bulan Kesabaran dan Bulan al-Quran

Selain dikenali sebagai bulan puasa, Ramadan juga digelar dengan beberapa nama lain sesuai dengan keutamaannya. Satu daripadanya ialah bulan kesabaran seperti yang dinyatakan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.

Imam Malik bin Anas, yang selalu dipanggil Imam Darul Hijrah pula berkata bahawa Ramadan ialah bulan al-Quran.

Al-Quran adalah kalam Allah diturunkan dari Luh Mahfudz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.

Firman Allah: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 185)